Yang datang tak sampai, yang sampai tak nampak

SATU gerak, satu nafas dalam satu nilai. Ini salah satu sebutan orang dulu atau pahlawan Melayu lama yang mengupas permainan tempur hak bangsa.



Mungkin nama "selengan" atau "se-lengan" turut serasi dengan "se" iaitu satu gerak dari anggota badan, manakala "lengan" bermaksud penyampaian dari jarak tangan yang penjangnya selengan. Melayu dulu, suka dengan memendekkan sebutan, Perbuatan petua sendiri terolah atau terhasil dari perbuatan 'yang panjang diringkaskan.' Kerana itu ditarik juga sebutan "Pendekar", berhubung kait 'pandai akal' dalam berfikir tetapi 'pendek akal' dalam perbuatan (dituju kepada yang berilmu didada seperti golongan guru tua) yang membawa erti 'jangan pikir panjang'...guna helah atau petua.


Apajua, petua itu luas, Bukan yang panjang diringkaskan tetapi, bagaimana yang datang tak sampai, yang sampai tak nampak. Dalam mengenggam selengan dari spesis kayu atau rotan ataupun buloh tumpat, permainan beladiri yang bernama Silat Melayu tetap sama atau 'tak lari' akan kaedahnya. Bila bergerak samada menyerang atau bertindak balas, pergerakan yang bergelar pesilat itu akan bertindak dengan segerak atau pergerakan sendiri yang berturut-turut. Dari mula lawannya menyerang, sebagai contoh , lawan itu direbahkan dengan hanya segerak.


Permainan selengan tetap segerak dan dalam senafas sahaja seseorang itu boleh menyampaikan niat. Demikian cara ilmu Melayu dalam beladiri.Terimakasih juga kepada pembaca-pembaca yang terus meminati permainan selengan. Ia tidak cantik lagi tidak menarik, namun yang penting cara ia menyampai cepat.mudah dan bertamat.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

No. 6-1, Jalan 5A/6
Taman Setapak Indah 

53300 Kuala Lumpur

Tel      :  018-4044471
EMail : majalahsb@gmail.com

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon

Website © 2020 oleh Akademi Wangsa