SILAT & MELAYU

Ilmu Bistari - Ada awal tiada penghujung

Silat ada ceritanya.....


Bukan saja mengenai beladiri tetapi cerita yang membuktikan bangsa Melaju juga bijak bistari. Kenapa, tak percaya? Tak percaya Melayu juga bistari? Terkejut, ya tak sangka atau masih kurang pasti? Andai anda golongan tak percaya, maka percayalah sekarang kerana silat adalah mengenai ilmu falsafah.


Dari seni lidah hingga seni geraknya. Semua ada 'kira-kira'. Hendak bercakap, cara penyampaian tetap terpelihara. Ambil contoh, bila menghantar pengantin, hendak masuk ke rumah perlu pandai berbalas pantun. Jika berdiri, ada jarak dan sifirnya. Kerana itu, orang silat mampu mengelak hingga senjata tersisir sejarak butir padi.


Demikian ringkasan contoh orang silat secara kasar.


Orang zaman sekarang, kebanyakan mereka berilmu tetapi minda di pengaruhi kepada dunia Barat dan buku-buku hasilan dunia itu menjadi pegangan. Lantas, mereka hanya dapat 'baca' apa yang dilihat, rasa apa yang dimakan berbeza orang dulu...'baru hendak buka mulut sudah disuap'. Orang zaman sekarang, sering terpinga-pinga dengan ilmu orang dulu. Sudah tidak tahu, mana yang dipegang dan mana yang digenggam. Bila di sampai satu 'gerak' mulut terus bertanya kenapa gerak begitu? Belum buat dan belum dapat rasa diri sudah 'pening'. Dalam dunia persilatan, ada orang Melayu diajar sehari, ada tujuh hari, ada 21 hari, ada 30hari dan paling lama tiga bulan 10 hari. Tidak seperti beladiri luar, ada belajar setiap hari dan hingga tiga tahun pun tidak tamat. Malah cara latihan amat berat sekali. Ikutkan dalam latihan silat, belajar tidak sampai enam bulan mana ada "kekuatan"'.Berbanding beladiri luar, sesudah bertahun -tahun menuntut akhirnya mampu pecah genting atau papan.


Tapi, orang silat dulu tidak buat itu semua. Belajar tidak bertahun-tahun tetapi dengan sekali pukulan, seseorang itu sudah koma atau ' tempah keranda'. Satu ilmu yang mengejutkan. Mana ada ilmu yang belajar sependek itu mampu berbuat demikian? Namun demikianlah silat. Seninya halus, geraknya teratur.


Inilah Silat & Melayu. Cantumlah.










Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

No. 6-1, Jalan 5A/6
Taman Setapak Indah 

53300 Kuala Lumpur

Tel      :  018-4044471
EMail : majalahsb@gmail.com

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon

Website © 2020 oleh Akademi Wangsa