Adab berdepan - Ilmu TENANG

TENANG. Bila berdepan musuh, sikap yang perlu dipelajari dalam latihan adalah tenang. Kerana sikap itu yang akan bakal membantu dan sikap itulah juga yang diperlukan bila sudah berdepan musuh.

Sunggupun begitu, sikap tenang bukan mudah untuk dibuat. Seperti mencari maksud dalam kamus Melayu, maksudnya pun bagai tiada,hanya banyak kepada pembayangan.

Tenang dalam perspektif orang Melayu atau guru silat; sikap tidak panik, cara bersahaja, beri tumpuan dengan kurang bergerak....


Jika berdepan dengan musuh, guru Silat Melayu akan asah diri pelatihnya cara bertenang. Seperti orang sedang marah, sering orang tua akan meminta orang itu bertenang dahulu. Jika tidak, cakap pun tidak teratur dan pergerakan mula dibaca musuh.

Dikatakan bahawa latihan tenang bukan mudah, namun mudah kepada guru yang tahu. Contohnya, disuruh sering mengambil nafas panjang untuk ketenangan. Jika sedang marah, guru beragama Islam akan menyuruh mengambil nafas panjnag dan mengucap suapaya diri 'kembali sedar'.


Tenang boleh membawa kepada pengawalan fokus. Jika tidak tenang, fokus ditahap bawah dan pergerakan lambat dan berat.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

No. 6-1, Jalan 5A/6
Taman Setapak Indah 

53300 Kuala Lumpur

Tel      :  018-4044471
EMail : majalahsb@gmail.com

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon

Website © 2020 oleh Akademi Wangsa