April 20, 2017

March 31, 2017

March 17, 2017

Please reload

Recent Posts

Majalah SB April 2017

March 31, 2017

1/5
Please reload

Featured Posts

ADAB GELANGGANG

April 20, 2017

Dalam Mahir Luar Pakar

 

 

 

 

SEBELUM gelanggang latihan bermula, seawal 15 minit pintu dibuka. Semua lampu dipastikan menyala, premis berkeadaan bersih dan selamat, bilik air dan persalinan juga bersih untuk digunakan, alatan kecergasan dan alatan latihan tersusun dan selamat untuk digunakan, set pertolongan cemas tersedia pada tempatnya, buku catitan kedatangan sudah berada di atas kaunter, borang dan resit pembayaran juga di sebelahnya.

 

Pembuka pintu itu mengetahui siapa jurulatih yang akan mengajar dan apakah ilmu yang akan disampaikan. Begitu juga siapa pelatih yang datang berlatih.

 

Pelatih-pelatih yang tiba akan dipastikan menandatangan buku kedatangan, kasut mereka dikenalpasti tersusun rapi di luar pintu, pelatih baru diberikan borang, yang membayar yuran diberikan resit dan barang-barang berharga pelatih disimpan dalam peti keselamatan.

 

Sebelum sesi latihan, dipastikan pelatih sudah memakai seragam kemas. Pelatih yang baru membeli seragam diajar cara memakai.Pakaian dan beg pelatih dalam bilik persalinan dipastikan susun kemas.

 

Yang baru hendak belajar akan diminta membaca syarat dan peraturan gelanggang latihan. Tidak faham boleh bertanya.

 

Dipastikan semua pelatih mengetahui adab atau disiplin dalam gelanggang dan masa latihan sebelum guru atau jurulatih memulakan latihan.

 

Itulah antara tugasan mula seorang pekerja mahir sebuah gelanggang beladiri. Walaupun dia akan mengajar atau menjadi pembantu jurulatih, permulaan tugas asas-asas pengurusan latihan perlu diketahui dan dilaksanakan.

 

Kerja itu juga seperti kerja seorang penyelia berpengalaman yang sebelum ini sudah tahu asas dan pecahan teknik atau buah perguruan. Kebiasaan sudah lebih tiga tahun belajar secara konsisten dan bakal atau baru memperolehi talipinggang hitam. Secara genrenya sudah memperolehi amanah atau jawatan sebagai pembantu jurulatih atau jurulatih, ikut kedudukan dalam perguruan.

 

Kerja atau tugas tidak selesai dengan kedatangan jurulatih sesi latihan itu. Mungkin menjadi pembantunya dan sesudah selesai, akan memastikan bilik persalinan dan bilik air sudah bersih tanpa ada pakaian tertinggal. Barang berharga diserahkan kembali.

 

Sebelum menutup dan mengunci pintu, dipastikan premis kembali bersih dan selamat untuk sesi latihan lain. Semua peralatan kembali tersusun dan buku kedatangan termasuk buku resit disimpan. Manakala wang pembayaran,yuran latihan dan wang pembelian seragam disimpan dalam peti petty cash, sebelum diserahkan kepada guru yang bertanggungjawab sebagai pengurus gelanggang.

 

Begitulah antara asas-asas kerja seorang pembantu jurulatih dalam gelanggang yang diberikan tugas atau amanah oleh perguruan.

 

Kerja-kerja sebegitu jika dalam sesebuah syarikat adalah kerja seorang penyelia.

 

Namun kerja-kerja yang dicatat di atas baru 10 peratus. Dalam teras seorang pekerja mahir atau untuk menjadi pekerja mahir, modul pengurusan seni beladiri dibangunkan oleh Persatuan Guruguru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk ahli seni beladiri, yang secara tidak langsung untuk menaik taraf. Juga ikhtiraf guru sebagai Pakar dalam Direktori Pakar Industri Negara.

 

Kerja mula dengan membuka pintu itu adalah satu daripada enam teras dalam modul tahap 3. Kerana itu dicatat "...baru 10 peratus", kerana ia tidak termasuk lagi keterampilan diri dalam adab sikap dan cara berinteraksi dengan pelatih atau pelanggan.

 

Ya, disebut pelanggan kerana ilmu perguruan adalah produk dan pelatih adalah pelanggan. Dan bagaimana hendak menjadikan mereka pelanggan tetap. Sebagai pembantu jurulatih atau penyelia, prosedur kerja diaturkan.

 

Dalam modul Tahap 3 yang membolehkan seseorang ahli seni beladiri memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), sepertimana dicatat enam modul yang dihasil dalam bahasa Inggeris.Kerja atau teras yang digambarkan diatas adalah Aktiviti Pentadbiran Kelas, disusuli Aktiviti Penyeliaan Pelatih, Aktiviti Kesihatan dan Keselamatan, Aktiviti Senaman Seni Beladiri, Perlaksanaan Seni Beladiri dan Aktiviti Promosi.

 

Nota setebal 111 mukasurat saiz A4 ,bermula dengan pengenalan modul Tahap 3, siapa panel dan fasilitator yang membangunkan modul dari sudut pekerjaan hingga menjadi penceramah modul, termasuk keperluan-keperluan pusat bertauliah.

 

Jom... melangkah ke hadapan.

AZLAN GHANIE

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us