April 20, 2017

March 31, 2017

March 17, 2017

Please reload

Recent Posts

Majalah SB April 2017

March 31, 2017

1/5
Please reload

Featured Posts

Hebatnya ilmu senaman warisan melayu - Senaman Melayu Tua

March 30, 2017

 

 

Kejutan berlaku apabila Senaman Melayu Tua atau dikenali Senaman Tua diakui senaman yang luar biasa yang perlu dipraktik oleh semua golongan termasuk pengamal herba.

 

Jika sekadar mengambil herba untuk kesihatan atau merawat, ia belum mencukupi. “Saya pakar herba dan tahu semua jenis herba termasuk cara-guna untuk menjadikan ia penawar kepada penyakit,” kata Mazlan Haji Hashim, kolumnis herba dalam majalah SENI BELADIRI (SB).

 

“Saya juga amal herba dengan mengam-bilnya tetapi lihatlah saya sekarang... hendak balik rumah rasa takut, hendak masuk bilik air pun takut...,” katanya lagi membuatkan mereka yang mendengar terkejut.

 

Ya, khabar itu satu pendedahan yang mengejutan kepada semua yang hadir dalam Seminar Senaman Tua Tahap 1 di Studio Marvellous, Taman Melati, Kuala Lumpur pada 19 - 20 November 2011 lalu. “Saya pula sudah lama tidak bersilat kerana kerja, apatah lagi bersenam walapun pernah ikut seminar senaman ini di Kuantan satu masa dahulu.

 

“Saya akui senaman ini terbaik dan kalau mengambil herba pun perlu melakukan senaman ini. Kepada yang belum, ikutilah senaman Melayu ini,” tegas pakar herba itu lagi pada seminar hari pertama.

 

 

Mendengar suara itu, pengasas Senaman Tua, Azlan Ghanie yang juga sedarjah dengan Guru Mazlan di Sekolah Tinggi Ahmad, Pekan, Pahang telah meminta guru itu memimpin Tari Pendekar Pahang kepada peserta-peserta ketika waktu rehat tengahari.

 

Tari Pendekar - Bismillah itu telah membuat semua peserta termasuk Guru Mazlan bermandi peluh. “Alhamdulillah... bersemangat balik. Silat buat kita  bersemangat... terima kasih,” kata Guru Mazlan kepada Azlan Ghanie selepas sesi tari itu.

 

Seminar Senaman Tua Tahap 1 itu taraf antarabangsa apabila pesilat dari Perancis, Sabastien Loriot dan Belanda, Leon Cleo Peter Gubbels turut hadir bersama 10 lagi peserta Malaysia.

 

Seperti biasa, selepas taklimat akan diberikan terus kaedah awal dengan petuanya supaya peserta-peserta dapat mahir ilmu Melayu dengan secepatnya. Antaranya, kaedah jarak kaki, kedudukan badan, aturan bergerak dan senyum. Bila melakukan pergerakan, ia menitik berat kepada fokus, petua dan ambil rasa.

 

Sebanyak 27 kaedah senaman telah disampaikan dari berdiri, duduk, baring dan gerak-langkah. Azlan Ghanie dibantu oleh Guru Kamaruddin Haji Nadza. Seminar adalah anjuran majalah SB dengan kerjasama Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 Malaysia.

 

Selepas dua hari bersenaman, rata-rata peserta akui amat gembira  dapat berlatih bersama pengasasnya kerana dapat sendiri rasa kesannya.

 

“Saya mengalami slip disc pada L3 dan L4 akibat mengangkat barang. Masa itu usia 24 tahun. Makin hari keadaan saya semakin teruk sehingga hendak naik tangga pun takut kerana terasa sakit”.

 

“Pelbagai kaedah moden dan tradisi telah saya lakukan. Saya bimbang juga mula-mula hendak menyertai seminar ini. Namun, seminar kali ini saya gagahkan diri sebab tidak tahan lagi sakit.

 

“Atas nekad, saya cuba lakukan semua senaman dan sekarang dirasakan belakang saya lega dan alami sedap badan. Tiada sakit bila melakukan pergerakan,” kata Azir Salleh, 45 dari Kuantan Pahang.

 

(Sebulan sesudah seminar ini, Azir akui tiada lagi mengalami sakit belakang apabila menaikki tangga) manakala Gubbels pula akui rasa bertuah kerana dapat menyertai seminar yang disampaikan oleh pengasas sendiri.

 

“Anda tidak akan dapat suasana sebegini tanpa adanya pengasas. Ia satu penyam-paian dan pengkongsian ilmu dan penga-laman beliau yang amat berharga”.

 

“Penyampaian jujur itu membuat kita mudah hayati. Ia lebih terperinci. Saya juga seronok dengan suasana seminar, orang Malaysia baik-baik dan makanan pula sedap,” kata Gubbels lagi.

 

Sabastien yang mengajar di sekolah antarabangsa di Mont Kiara akui senaman dan silat telah membuatnya hilang rasa stres.

 

“Saya kerja dengan masa yang lama. Datang awal dan pulang lewat petang. Hari sabtu pun kerja sampai petang... ini semua ubat saya untuk hilang stres,” katanya.

 

 

Guru Mazlan juga memberikan pandangan dihari akhir itu.“Tanpa senaman, akar kayu dan herba tidak berguna kerana memang fitrah manusia perlu untuk bersenam,” kata beliau yang berpengalaman lebih tiga dekad dengan herba dan akar kayu.

 

“Senaman Tua adalah pilihan terbaik untuk saya, walaupun saya pakar herba, saya tetap perlu bersenam. Kita tidak boleh mengharapkan herba dan ubat-ubatan semata-mata untuk sihat,” akui beliau lagi.

 

Seminar turut disertai Md Fadli Mat Ali, Mohd Nurul Azmie Rofdi, Samsuddin Md Ishak, Mohamad Farhan Mohamad Hussin, Mohd Azrin Abd Rasyid dan Md Hizamuddin Tukiran. Masing-masing positif dan tidak sabar untuk mengajar ahli keluarga Senaman Tua.
 

Kelas Senaman Tua dijalankan pada setiap Rabu malam Khamis 9pm-11pm dan Sabtu petang 3pm-5pm bertempat di Studio Senibeladiri  di 6-1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur. 

 

Untuk keterangan lanjut mengenai Senaman Tua dan aktiviti sekitar kawasan anda, hubungi 03-40216894 atau Cikgu Saifuz 019-2838899

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload