April 20, 2017

March 31, 2017

March 17, 2017

Please reload

Recent Posts

Majalah SB April 2017

March 31, 2017

1/5
Please reload

Featured Posts

Datuk Bahaman (Siri 6)

March 5, 2017

SUMPAH PAHLAWAN!

 

Munculnya Mat Saman bin Sulaiman @ Mat Kelantan, 150 tahun, Panglima Hitam Hj Othman bin Hj Abdullah @ Raden Damabulan, 125 tahun, Raja Ibrahim bin Tan Kechik, 110 tahun dan beberapa orang lagi yang sudah lanjut usia benar-benar menggamit perasaan. Kemunculan mereka bukannya sebagai orang tua biasa tetapi kemunculan mereka berkait rapat dengan sejarah tanahair.

MAT Kilau disangkakan mati akibat dibelasah beramai-ramai oleh askar-askar Siam dan Kelantan tetapi sebenarnya beliau hanya pengsan sahaja. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, Sultan Kelantan tidak sampai hati hendak menyerahkan Mat Kilau kepada kerajaan Siam.  

 

Setelah Mat Kilau sedar dari pengsan, baginda terpaksa merangka sesuatu bagi membuktikan kepada askar-askar Siam bahawa Mat Kilau sudah mati. Sebelum rahsia terbongkar, baginda telah menyuruh Mat Kilau meninggalkan Kota Bharu dengan segera.

 

Jenazah Mat Kilau sebaliknya telah diganti dengan batang pisang. Batang pisang diletakkan ke dalam keranda kayu dan dikebumikan dengan penuh istiadat di Kg. Kubur Kuda berhampiran Kota Bharu.  Helah terpaksa dilakukan kerana bimbang askar-askar Siam akan mengali dan mengambil jenazah Mat Kilau atas titah perintah raja mereka untuk dibawa ke Siam. Adalah satu dosa besar jika jenazah orang Islam diambil oleh orang kafir dan diperlakukan bertentangan dengan syariat Islam.

 

Selang beberapa hari kemudiannya, kapal perang Siam memasuki Kelantan. Apa yang diduga benar-benar berlaku. Askar-askar Siam terus menuju ke Kg. Kubur Kuda untuk mengali pusara Mat Kilau.Setelah hajat tercapai, jenazah Mat Kilau dibawa belayar ke Siam. Setelah sampai, keranda Mat Kilau telah dibawa masuk ke dalam istana. Raja Siam sudah bersedia menunggu dengan para pembesarnya. Keranda itu akhirnya dibuka. Raja Siam amat terkejut. Baginda amat murka kerana hanya batang pisang terdapat di dalamnya. Serta merta jawatan Luang Prasak dan Luang Susap sebagai hulubalang dilucutkan. Baginda diaibkan di hadapan para pembesar baginda sendiri.

 

Berbalik kepada pahlawan-pahlawan Pahang, oleh kerana merasakan keselamatan mereka tidak terjamin lagi, mereka telah bermuafakat untuk berundur dari Kelantan dan berpindah ke tempat lain. Mereka akhirnya mengambil keputusan untuk menuju ke Siam. Mereka rasakan Siam lebih selamat buat mereka. Dengan hanya tinggal bertujuh, ia menjadi satu igauan jika hendak merampas kembali bumi Pahang dari penjajah. Ditambah lagi dengan ketiadaan Tok Gajah yang sudah meninggal dunia, ia menjadi tugas sukar buat mereka untuk terus berjuang. Mereka terpaksa mencari kehidupan baharu. Kehidupan yang dapat menghindarkan mereka dari dijejaki British.

 

Sewaktu berada di dalam hutan di Kg. Bukit Pak Jedih, Tanah Merah, Kelantan, pahlawan-pahlawan Pahang telah melakukan sumpah taat setia buat kali keduanya dengan menjunjung al Quran. Sebelum ini sumpah pernah dilakukan sewaktu mereka berada di Sungai Salan, Pulau Tawar, Jerantut.  Sumpah dilafazkan agar identiti masing- masing dirahsiakan. Nama mereka terpaksa ditukar supaya orang ramai mempercayai mereka sudah meninggal dunia.     

 

Datuk Bahaman telah memakai gelaran Tok Guru atau Panglima Kakap. Mat Kilau menggunakan nama Mat Siam, Mat Dahan atau Mat Dadu. Mat Lela  bergelar Kilat Senja atau Gong Poh. Mamat Kelubi pula selesa dengan gelaran Tok Janggut. Manakala tiga orang yang lain iaitu Panglima Hitam Haji Othman bin Hj Abdullah @ Radin Damabulan berasal dari Gunung Merapi Tanah Jawa, Panglima Garang Yassin dan Datuk Seribu Garang kekal menggunakan nama dan gelaran masing- masing.

 

Setelah sumpah digenggam erat, ia ibarat biar pecah di perut jangan pecah di mulut, mereka bergerak menuju ke Golok. Mereka berjalan kaki meredah hutan belantara tanpa bekalan makanan yang mencukupi. Mereka hanya makan pucuk-pucuk dan umbut-umbut kayu serta minum air daripada lopak- lopak kecil dan akar-akar kayu bagi mengembalikan tenaga masing-masing.  

 

Ternyata perjalanan yang jauh amat meletihkan. Dari Golok mereka bergerak lagi hingga sampai ke Chiengmai. Chiengmai adalah sebuah bandar kecil yang aman damai serta serba mewah dengan makanan dan buah-buahan. Ia menjadi tempat istirehat buat pahlawan- pahlawan Pahang kerana mereka dapat menghilangkan penat lelah dengan tenteram tanpa gangguan daripada sesiapa.  

 

Pada Mei 1896, Hugh Clifford telah sampai ke Singapura setelah pulang bercuti agak lama di England. Beliau pulang semula ke Pahang dengan memegang jawatan Residen British. Tugas beliau bagi menguatkan lagi pemerintahan British di Pahang setelah menghabiskan sepenuh masa berjuang menentang pahlawan-pahlawan Pahang. Beliau berasa aman kerana dapat melaksanakan tugas tanpa bimbang diserang lagi.Beliau merasa amat gembira kerana negeri Pahang kembali aman tanpa gangguan daripada para pemberontak. Agak mudah buat kompeni-kompeni British untuk mencarigali hasil-hasil bumi serta mencampuri urusan pemerintahan di negeri Pahang. Mereka beranggapan para pemberontak sudah mati hasil daripada pengempuran besar-besaran oleh pihak kerajaan.

 

 Seluar dan bengkung Tok Gajah

 

Ternyata mereka telah berjaya dengan misi mereka. Dengan lenyapnya Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain bererti berkuburlah perjuangan mereka. Tidak ada sesiapa lagi yang berani mengetuai kumpulan ini selepas ketiadaan ketua-ketua pemberontak tersebut.      

 

Pahlawan-pahlawan Pahang hanya tinggal selama tiga bulan di Chiengmai.  Mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke Pattani. Pattani ketika itu adalah sebuah negeri Islam, ibu negeri Selatan Siam yang diperintah oleh Kerajaan Islam di bawah  Sultan Abdullah. Pahlawan-pahlawan Pahang mengganggap negeri tersebut paling sesuai buat mereka kerana Islam berkembang dengan baiknya di situ.  Mereka mengambil peluang untuk mendalami ilmu-ilmu agama daripada Syed Hj Ahmad Fadzullah, seorang pendakwah dari Bandung, Indonesia dan guru-guru agama yang lain. Mereka berguru selama 15 tahun disamping melakukan kerja-kerja kampung serta mengajar ilmu persilatan.

 

Setelah termeterai Perjanjian Burney diantara British dengan Siam di Bangkok pada 9 Julai 1909, Golok, Yala, Senggora dan Pattani telah diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan Siam.

 

Sudah menjadi resam, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Teringat kepada kaum keluarga, sahabat handai dan tanahair tercinta membuatkan pahlawan-pahlawan Pahang teringin pulang semula ke Pahang. Setelah merasakan suasana kembali aman dan diri mereka sudah dilupakan, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Panglima Hitam Hj Othman dan Mamat Kelubi masuk ke Kelantan pada 1911.  Mereka tinggal di Tanah Merah, Kg. Sireh dan Pasir Mas dengan menjadi guru mengajar al Quran. Akhirnya mereka bermuafakat untuk berpecah dengan membawa haluan masing- masing. Datuk Bahaman membawa diri ke Kg. Padang Lalang, Kuantan. Beliau memakai gelaran Lebai Deraman dan Tok Guru Peramu dengan mengajar al Quran dan juga ilmu persilatan. Mat Kilau pula tinggal di merata tempat di Pahang.

 

Pada 26 Disember 1969, Mat Siam telah membuat perisytiharan di Masjid Pulau Tawar, Jerantut bahawa beliau adalah Mat Kilau yang berjuang menentang campuran Inggeris di negeri Pahang bersama Tok Gajah dan Datuk Bahaman. Dengan menunjukkan parut- parut di badannya, Mat Kilau mengaku bahawa beliau adalah anak Imam Perang Rasu Tok Gajah.

 

Pengumuman itu telah menggemparkan seluruh rakyat di  negeri Pahang dan Malaysia amnya. Seluruh masyarakat beranggapan Mat Kilau sudah lama mati. Tetapi sebaliknya ia ibarat satu hikayat dongeng yang penuh kisah misteri. Di atas pengakuan luarbiasa itu telah menarik perhatian masyarakat terutamanya orang-orang Melayu yang merasa begitu megah akan perjuangan pahlawan-pahlawan mereka menentang penjajah.

 

Pada 8 Januari 1970, kerajaan negeri Pahang telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan Mat Siam itu. Siasatan terperinci perlu dilakukan kerana ia berkaitan dengan sejarah negara. Apatah lagi nama Mat Kilau sudah terpahat dalam buku-buku sejarah tetapi kemunculan Mat Kilau di zaman yang amat jauh berbeza benar- benar mengejutkan. Akhirnya kebenaran menanti kepada yang benar. Pada 6 Ogos 1970, Menteri Besar Pahang telah mengisytiharkan bahawa orang tua yang bernama Mat Siam itu adalah Mat Kilau  pahlawan Pahang terbilang.

 

Setelah heboh dengan kemunculan Mat Kilau, belum reda kisah beliau dibualkan, muncul pula seorang tua di  Kg. Peramu, Kuantan. Orang tua itu dipercayai lebih tua usianya daripada Mat Kilau. Ia menarik minat pengkaji sejarah tanahair, setelah munculnya Mat Kilau, lebih ramai orang-orang tua muncul  di waktu itu. Tahun itu diingati sebagai tahun kemunculan orang-orang tua. Mereka muncul dengan berpakaian cara lama serta bertutur bahasa Melayu lama.

 

Munculnya Mat Saman bin Sulaiman @ Mat Kelantan, 150 tahun, Panglima Hitam Hj Othman bin Hj Abdullah @ Raden Damabulan, 125 tahun, Raja Ibrahim bin Tan Kechik, 110 tahun dan beberapa orang lagi yang sudah lanjut usia benar-benar menggamit perasaan. Kemunculan mereka bukannya sebagai orang tua biasa tetapi kemunculan mereka berkait rapat dengan sejarah tanahair. Mereka terlibat mengangkat senjata berjuang bersama Tok Gajah, 

 

Datuk Bahaman dan Mat Kilau sewaktu menentang Inggeris yang ingin bertapak di negeri Pahang.Dipercayai sewaktu banjir besar melanda negeri Pahang pada 1926, seorang tua telah datang dan tinggal di Kg. Peramu, Kuantan. Orang tua itu pada mulanya diberi menumpang di rumah bapa saudara Ishak bin Awang @ Aki Sahak. Aki Sahak adalah anak murid Mat Kilau. Setelah orang tua itu tinggal beberapa lama di situ, orang-orang kampung telah memberi beliau tinggal di sebuah rumah yang telah ditinggalkan. Oleh kerana tidak mengetahui nama dan usul asal beliau, orang-orang kampung mengelarnya Tok Guru Peramu atau Tok Peramu sahaja. Ia mengambil nama sempena kampung tersebut.

 

Orang tua ini berkelakuan agak ganjil. Perangainya seperti orang yang kurang siuman. Pada peringkat awalnya orang-orang kampung tidak berapa menghiraukannya. Ada yang memanggilnya cikgu gila, orang tak siuman dan sebagainya. Beliau tidak mengambil kisah dengan gelaran tersebut, namun begitu beliau ada keistimewaannya. Beliau bijak dengan ilmu-ilmu agama dan mengajar mengaji al Quran kepada anak-anak di kampung tersebut.

 

 Aki Sahak seringkali menziarahi Tok Guru Peramu jika ada kelapangan.  Beliau banyak membantu bagi meringankan bebanan kehidupan orang tua itu. Beliau dapat merasa Tok Guru Peramu bukannya orang sembarangan.  Apatah lagi Tok Guru Peramu banyak bercerita tentang kisah-kisah lama yang membuatkan Aki Sahak tertarik untuk mendampinginya.

 

 Ketika berbual-bual pada suatu hari, Aki Sahak bertanya kepada Tok Guru Peramu akan perihal Mat Kilau.  Kemunculan Mat Kilau benar-benar membangkitkan semangat orang-orang Melayu. Aki Sahak berkeyakinan Tok Guru Peramu tahu serba sedikit tentang Mat Kilau.    Tok Guru Peramu menjawab dengan suara meninggi, “Dia nak mati sebab itulah dia gelar diri dia Mat Kilau.”

 

 Penulis di pusara Tok Gajah

 

 

BERSAMBUNG...

Share on Facebook