Memanah - Sunnah Yang DiAbaikan

Updated: Sep 15

Jatuh bangun sesebuah empayar adalah berkaitan langsung dengan busur dan anak panah.

Sayyidina Saad bin Abi Waqqas merupakan sahabat Nabi yang didoakan oleh Baginda dengan ketetapan sasaran ( dalam memanah).

Berkat doa ini, beliau menjadi antara pemanah terulung dalam sejarah Islam selain daripada Sayyidina Abu Talhah dan Sayyidina Suhaib ar-rumi.


"Ketahuilah kekuatan itu dengan memanah,ketahui bahawa kekuatan itu dengan memanah, ketahui bahawa kekuatan itu adalah memanah."'(Hadith riwayat Imam Abu Daud, no. 2153)

Kelebihan pada Sunnah memanah


Apakah kaitan memanah dengan fikiran dan jiwa? Hanya orang yang fokus dan tenang sahaja mampu menjadi pemanah baik. Memanah melatih hati untuk menjadi sentiasa tenang selain daripada untuk body balancing.


Apabila membuat sesuatu keputusan hati mesti tenang dan jiwa mesti tenteram kerana hanya padanya hasil terbaik yang dikeluarkan.


Begitu jugalah saat memanah, andai anak panah dilepasakan tanpa fokus kestabilan dan tahan getaran ditambahkan dengan fikiran yang tidak fokus, semestinya anak panah itu tersasar.

Aktitivi memanah yang dianjurkan ini bukanlah semata-mata sukan yang mencerdaskan minda dan jasmani namun turut melatih ruhani agar mampu dikawal.

Tambahan pula, sepertimana yang diiktikadkan bahawa bukan pedang yang membelah dan peluru yang mematikan samalah keadaan bahawa bukan pemanah yang memanah.

Hanya Allah yang berkuasa mengerakkan anak panah sama ada laju atau perlahan, padu atau lemah dan tepat atau tersasar.




15 views

No. 6-1, Jalan 5A/6
Taman Setapak Indah 

53300 Kuala Lumpur

Tel      :  018-4044471
EMail : majalahsb@gmail.com

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon

Website © 2020 oleh Akademi Wangsa