KIPAS TANGAN - SENJATA ATAU PERHIASAN?


Siapa menduga kipas tangan yang direka cantik dan berlukisan warna-warni menyembunyikan rahsia yang tidak tidak diketahui umum. Sebenarnya , kipas tangan boleh dijadikan senjata memudaratkan lawan. Tambahan pula ia mudah di sembunyikan di celah pakaian tanpa di sedari oleh sesiapa.

Kipas tangan terkenal di kalangan masyarakat Cina dan Jepun terutama kaum wanita. Walaupun kipas tangan ada digunakan oleh wanita kaum bangsawan di negara Eropah tapi ia berfungsi setakat menghilangkan panas dan gaya fesyen keadaan itu saja.

Tapi dinegara China dan Kepun, ia dijadikan senjata sampingan. Orang Cina memanggil kipas tangan dengan nama "'SAN" sementara orang Jepun "'TASSEN".

Kipas tangan diperbuat dari buluh,kayu dan besi jika ia bertujuan untuk peperangan. Di zaman dahulukala hujung kipas tangan akan di asah tajam. Biasanya sama seperti tersayat pisau tajam. Sasaranya di bahagian lembut tubuh. Ada juga yang menyapu racun supaya lawannya menanggung padah.


Tempur jarak dekat memang sesuai untuk mempraktikkan amalan senjata kipas tangan. Hujung pemegang kipas tangan yang agak keras berfungsi untuk pukulan ke sendi lawan. Ini mengakibatkan lawan akan lumpuh atau maut.


'Setiap orang yang berminat pada senjata tradisi Cina perlu memiliki pengetahuan kung fu kerana permainan senjata kipas tangan menitikberatkan langkah, lengguk badan dan kesempurnaan.'


Pena: Laila Sari

12 views

No. 6-1, Jalan 5A/6
Taman Setapak Indah 

53300 Kuala Lumpur

Tel      :  018-4044471
EMail : majalahsb@gmail.com

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon

Website © 2020 oleh Akademi Wangsa