Sekapur sireh dari Mahaguru

Alhamdulillah... sudah terbit hampir 700 terbitan, majalah Seni Beladiri (sebelum ini Pendekar) sudah melebihi 300 naskah.

Temui dan wawancara mahaguru, grandmaster, guru dan masters untuk sejarah perguruan dan jasa guru diabadi, kajian sejarah tokoh, kajian senjata-senjata Melayu dan luar negara, sejarah pahlawan Islam, adat dan adab, kajian silat Melayu, senaman Melayu, urut, ulasan perlawanan... sudah dilakukan.

Memimpin persatuan taraf Malaysia sebagai pengasas dan presiden juga sudah.

Menganjur pertandingan peringkat kebangsaan hingga antarabangsa aepweri antaranya Kejuaraan Silat Kebangsaan Piala Tok Senik 1999, IPT hingga Roermond, Belanda. Festival Seni Beladiri Diraja Pahang hingga lebih 25 guru memperolehi Selempang PENDEKAR dari DYMM,.

Kursus-kursus setiap bulan senaman, keris, tumbuk lada, beladiri wanita...

Menjadi penceramah antarabangsa ilmu Melayu termasuk senaman dalam dan luar negara...

Jadi Panel Membangun NOSS Urut Terapeutik & Penjagaan, Seni Beladiri, Senaman Tua dan Kebolehan Teras.

Banyak lagi... namun yang mendorong semangat bila universiti minat untuk program PhD dan silat serta senaman tua sudah berada di sekolah di Belanda. Ia sesudah 20 tahun berusaha... ia untuk mengangkat ilmu Melayu bukan individu.

*baru 10 peratus di tulis, tidak termasuk dalam politik, sukan...

Terima kasih atas doa dan sokongan.

- Azlan Ghanie Majalah Seni Beladiri



0 views

No. 6-1, Jalan 5A/6
Taman Setapak Indah 

53300 Kuala Lumpur

Tel      :  017-9182983
eMail : MajalahSB@gmail.com

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon

Website © 2020 oleh Akademi Wangsa