• Admin

Malaysia juara keseluruhan Kejohanan Silat Asia Tenggara 2017


Pesilat lelaki negara Mohd Fauzi (kanan) mengasak pesilat dari Singapura Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin pada pusing akhir Kelas F Kejohanan Silat Asia Tenggara kali ketujuh di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak hari ini. - Foto Bernama

http://www.astroawani.com/berita-sukan/malaysia-juara-keseluruhan-kejohanan-silat-asia-tenggara-2017-135960 MASIH BELUM TERLEWAT UCAPAN SEGUNUNG PENGHARGAAN DAN KALUNGAN TAHNIAH DARI KAMI. TAHNIAH PARA PENDEKAR DAN SRIKANDI MALAYSIA!!! Sembilan pingat emas negara disumbangkan oleh juara hatrik silat dunia, Mohd Al-Jufferi Jamari dalam Kelas Putra E (65-70kg), Mohd Zarish Hakim Shukor dalam Kelas Putra C (55-60kg) manakala Mastafa Fitri Masjuri dalam Kelas Putra A (45-50kg). Turut menyumbang emas adalah bekas juara dunia 2010, Mohd Fauzi Khalid dalam Kelas F Putra (70-75kg), Muhammad Robial Sobri dalam Kelas Putra H (80-85kg) dan wakil pesilat wanita, Siti Humairah Kasidin dalam Kelas Putri B (50-55kg). Kilauan pingat perak pula hadir menerusi Muhammad Amirul Basaruddin dalam Kelas Putra B (50-55kg), Siti Zubaidah Che Omar dalam Kelas Putri D (60-65kg) dan trio putri negara dalam acara Seni-Regu.Sementara pingat gangsa disumbangkan oleh Mohd Hazim Amzad dalam Kelas Putra D (60-65kg), Nurul Annisa Sobri Kelas Putri A (45-50kg), Ummi Syazana Husin dalam Kelas Putri E (65-70kg) dan trio negara dalam acara Seni-Regu.

#Kejohanansilat

42 views

No. 6-1, Jalan 5A/6
Taman Setapak Indah 

53300 Kuala Lumpur

Tel      :  018-4044471
EMail : majalahsb@gmail.com

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon

Website © 2020 oleh Akademi Wangsa