KOLEKSI MAJALAH SB 2009
JANUARI 2009

FEBRUARI 2009
MAC 2009

APRIL 2009

MEI 2009

JUN 2009
JULAI 2009
- Guru Silat Lintar dari Perak yang di kenali dengan panggilan Pak Ali menceritakan zaman muda beliau dalam menuntut ilmu. Setiap hari pulang, badan lebam-lebam. Jika tidak kena, tidak sah dalam berlatih. Ikuti kisah guru itu yang bertajuk Bukan buah samseng, buah pukul samseng…m/s 4.
- Tony Jaa mudah lupa – master Chiwin, demikian tajuk dari wawancara eksklusif dengan guru yang telah berkunjung ke pejabat seni beladiri baru-baru ini. Selain pelupa, apa lagi kelemahan Tony Jaa? Ikuti pendedahan itu…m/s 14.
- Penerbit Azlan Ghanie dengan tajuk Guru silat di kenali & di lupai membuka lagi kisah hidup guru-guru menyampaikan ilmu tradisi hingga anak murid beliau jadi manusia Berjaya, jadi menteri, ahli korporat, professor dan sebagainya. Namun kehidupan guru itu yang memelihara dan menyampaikan ilmu it uterus terbiar, sudah di lupai, di sakiti, di aniayai…m/s 19
- Granmaster Brandon Chan dari Malaysia Ving Chun Kung Fu menulis mengenai perguruan itu. Ia berbahasa Inggeris dan siri pertama mengenai sejarah dan pengenalan dalam tajuk Experience And Thoughts On Ving Chun Kung Fu…m/s 27.
- Cemara Bugis terus melangkah dan aktiviti terbaru mengadakan program pembangunan silat di Perak…m/s 38.
- Penulis buku Sains Kesyukuran Zony Said telah menghasilkan satu rencana cukup menarik. Fikiran anda akan terkupas dalam tajuk beliau Nama & perjuangan pahlawan Melayu CATAT DALAM SEJARAH NEGARA…m/s 46.
- Kolum yang terus meletup. Kali ini Adap Guru Sebelum Musuh mendedahkan kisah guru mengasah pesilat beliau dan di sebalik rahsia itu…m/s 54.
- Kenapa masuk rumah Melayu mesti dengan langkah kaki kanan? Diterang dengan ringkas dan mudah oleh penceramah Adat Melayu, Azlan Ghanie…m/s 55.
- …manusia yang beradab adalah manusia yang berbudaya, begitu juga dengan manusia yang berbudaya adalah manusia yang beradab, manusia beradab adalah manusia yang beragama – Pakteh Ramli …m/s 60.
- Tikaman Rosli Dhobi terus membangkitkan perjuangan orang Sarawak…m/s 62.
OGOS 2009

SEPTEMBER 2009

- Guru Masdon dalam wawancara eksklusif dengan majalah SENI BELADIRI (SB) menjawab isu-isu berbangkit yang sering menjadi kontrovesi masyarakat dan juga dalam forum internet.…m/s 5.
- Grandmaster Ally CH Teoh mendedahkan taekwando zaman beliau dengan sekarang. Apa bezanya?...m/s 16.
- Bengang & bangang Kenapa tajuk Azlan Ghanie sebegitu bulan ini? Apa yang dibengang dan kenapa bangang. Ikuti tulisan beliau dalam Sembah salam…m/s 19.
- Seorang warga silat dengan nama pena Wasit Pencen menarikan pena beliau dengan membentang isu pembatalan silat olahraga di pertandingan kebangsaan. Hujah beliau masuk akal... ikutinya dalam kolum Jangan Tak Cakap…m/s 21.
- Grandmaster Brandon Chan melebarkan sejarah Ving Chun dengan kisah Ip Chun yang pada mulanya anak sulong Yip Man itu tidak begitu berminat mempelajari ilmu berkenaan…m/s 27.
- Guru Dahlan Karim membuka tajuk menarik Pinjam Robin Hood dan Hindustan. Kenapa guru itu berkata demikian bulan ini?...m/s 36.
- Seorang tokoh beladiri, Dr Song Swee Hee mahu guru yang telah berjasa wajar diberikan sesuatu. Apa yang patut diberikan?...m/s 50
- Taking It One Kick At A Time... tajuk yang diberikan oleh penulis dari Kanada tetapi menetap di Korea. Beliau, Guy Edward Larke mengajar bahasa Inggeris dan masa terluang beliau dihabiskan di beberapa gelanggang latihan beladiri. Ikuti artikelnya…m/s 52.
- Gelanggang Tradisi bulan ini menyambung Adat Melayu dalam Adap Guru Sebelum Musuh dengan tajuk Menuntut dengan beradat supaya tidak bersilat terbuka aurat…m/s 54.
- Akhir Kalam: kembali kepada asal Siri akhir Pak Teh Ramli mengenai tanda-tanda Silat Pulut hendak meninggalkan...m/s 60.
- Best form of self defense: Not to Offend Pengamal silat Amerika Syarikat, Rocky terkejut dengan penemuan baru dan menceritakan...m/s 61.
OKTOBER 2009

ISI KANDUNGAN OKTOBER 2009
Mks 5 Guru Rahim dalam wawancara eksklusif mendedahkan pernah mengajar jaguh-jaguh badminton negara, Misbun, Jailani dan Rashid. Masing-masing bawa gerak sendiri, Misbun bermain lembut, Jailani gerak harimau manakala Rashid gaya kuntau jawa.
Mks 12 Cekak Malaysia buat kejutan di Melaka. Cekak Malaysia turut terkejut di Melaka. Ikuti cerita kejutan dan mereka-mereka yang terkejut dengan ilmu persenjataan bangsa Melayu.
Mks 16 Beladiri wanita semudah “D-A-D”. Itu kata Sofarudin, jurulatih Women Response Technique yang sudah banyak mengajar beladiri kepada pengawal keselamatan Malaysia. Ikuti teknik-teknik beladiri wanita dalam wawancara secara ekslusif bersama WRT.
Mks 19 Silat pemartabat Malaysia Pendedahan oleh pesilat luar negara kepada Azlan Ghanie, silat dipandang tinggi, dianggap beladiri paling merbahaya. Jikalau silat boleh jadi kegilaan di Amerika Syarikat dan negara Barat, kenapa tidak Malaysia jadi Pusat Seni Beladiri Dunia?
Mks 27 Grandmaster Brandon Chan mendedahkan perjalanan hidup beliau sendiri dalam pencarian ilmu beladiri sehingga hampir semua pernah dicuba. Ikuti My Story siri pertama...
Mks 36 Guru Dahlan Karim memberi jaminan, Pandai selengan pandai semua kerana permainan senjata selengan yang boleh diaplikasi kepada bermacam senjata.
Mks 50 Daniel Verkerke berkembang tumbuh dalam seni beladiri setelah memahami rahsia unsur-unsur tanah, api, air dan angin. Beliau mampu kuasai semua unsur untuk menjadi seorang pengamal beladiri yang seimbang.
Mks 52 Syarif Masahor ancaman terbesar james Brooke kerana pengaruh luarbiasa yang dimilikinya. Orang Melayu Sarawak menyanjung beliau kerana dikatakan berketurunan nabi Muhammad. Bagaimana beliau ditakuti bangsa Eropah kerana hampir menyatukan seluruh Sarawak tetapi Brooke lebih dahulu bertindak...
Mks 54 Gelanggang Tradisi bulan ini menyentuh kaitan berpuasa dengan bersilat. Berpuasa & Bersilat apa pengajarannya kepada umat?
Mks 60 Foreign Tigers Pay Respects to Malaysian Martial Arts artikel dari Sifu Nigel Sutton berkenaan penghormatan dan kekaguman pengamal-pengamal beladiri Barat kepada aliran-aliran seni beladiri Malaysia.
NOVEMBER 2009
Mks 6 Satu perjalanan yang sukar dilupai oleh Guru Adiwijaya dalam Gayong Malaysia apabila beliau berjaya Pecah 168 genting dalam masa enam saat depan Sultan Perak.
Mks 16 Ayah silat anak kungfu. Kahar Saidun akui ayah beliau yang memberikan semangat untuk beliau menyertai beladiri bukan silat. Sedangkan ayahnya telah mempelajari puluhan silat, kenapa?
Mks 19 Kenapa Azlan Ghanie buat tajuk ‘Melayu wajib bersilat’. Apa alasan beliau...
Mks 20 Percaya, tak percaya, yang tak percaya itulah yang dipercayai adalah tajuk kepada artikel Azlan Ghanie dalam kolum Berani Kerana Benar yang menebarkan isu Tarian Pendet bila tiada siapa mengakui silap. Sahabat kita, Indonesia kurang senang, bengang dan ada yang sekat jalan untuk mencari orang Malaysia. Punca dari nila setitik...
Mks 22 Majlis Pelimau & Perasmian Gelanggang Silat Garis Laksamana Gerak Lian menjadi medan menunjuk kehebatan pahlawan-pahlawan Melayu.
Mks 23 Guru Mustapa Kamal menghimpun pemimpin dan pesilat di Ampang dalam mengeratkan lagi hubungan.
Mks 46 Pahang terus ingin menghasilkan atlit cemerlang. Penting bagi negeri itu, mencari yang berpotensi agar ada penganti yang mampu jadi penyumbang pingat.
Mks 52 Mat Salleh menentang kezaliman kerajaan British yang menekan rakyat dengan pelbagai cukai dan kerahan tenaga. Akhirnya beliau gugur jua namun ada versi cerita menyatakan beliau sebenarnya tidak ditumpaskan peluru penjajah tetapi terus hidup...
Mks 54 Tips-tips terus diberikan kepada pembaca. Melalui pengalaman mengajar Senaman Melayu Tua dan dari hasilnya, Azlan Ghanie (pengasas) menceritakan cara rawatan untuk memulih penyakit. Khabar baru, Senaman Melayu Tua sudah mendapat perhatian universiti luar negara tetapi...
Mks 60 Paksu Noor berhati-hati kerana guru tua yang telah diberikan amanah untuk membawa pulang pingat emas dalam pencak silat akui Indonesia ada helah tersendiri.
Mks 62 Menyedari kekuatan hanya datang bila bersatu, kumpulan pesilat berkumpul untuk mengadakan seminar di Sydney.
DISEMBER 2009
Disember 2009
Mks 5 Pak Aziz dari Silat Tongkat membuka rahsia, bagaimana hendak cepat jadi pandai dalam bersilat. Beliau akui, belajar satu silat sampai tamat kemudian...
Mks 15 Dua pesilat Eropah, Lorenz dan Nemeth tidak suka bergaduh walaupun dalam latihan mereka beraksi sedemikian.
Mks 17 Wing Choon Malaysia lebih tua dari Ip Man. Satu dakwaan dari Sifu Yip Su. Kenapa mendakwa sebegitu? Apa keistimewaan Wing Choon? Siapa Yip Su?
Mks 20 Dua pembela, Zaffuan dan Awang Ali mendakwa sesi foto Raja-raja Melayu di Astana, Kuala Kangsar pada 1897 sebenarnya tiada Mat Kilau dan Datuk bahaman bersama...
Mks 38 Kalau menjadi seorang pesilat, tidak dapat pengikhtirafan pihak tertentu terutama dari pihak istana, perjalanan untuk menjadi seorang pahlawan bagai sia-sia. Perjalanan pesilat-pesilat Eropah iaitu dari Perancis dan England ke Malaysia berbaloi. Kenapa? Ikuti kehadiran mereka dan pembaca akan mengerti.
Mks 42 REALITI ST, Universiti mengkaji, dunia memerhati demikianlah tajuknya. Senaman Melayu Tua atau dikenali juga Senaman Tua (ST) terus mendapat tumpuan. Majalah Seni Beladiri juga terus membuat liputan ilmu Melayu ini dengan peserta-peserta IG dari UPM.
Mks 48 Bersatu dalam satu. Kempen 1 Malaysia terus tersuntik apabila tiga perguruan iaitu Lian Padukan, Gerak Silat Lian dan Gayang Lima telah berkumpul untuk mengadakan upacara bersama.
Mks 56 ...tidak sudah, ...belum masak satu tajuk yang pelik dari Azlan Ghanie mengenai satu pendedahan atau rahsia guru lama atau guru tua. Kalau baca dan faham isinya, baru tahu dan mungkin anda akan mencari guru tua untuk berilmu...



KOLEKSI MAJALAH 2009

