PENGUMUMAN
MESEJ DARIPADA CIKGU AZLAN GHANI (PERJUMPAAN 27 JUN 2009, 11 PAGI, PEJABAT SB)
Assalamualaikum, 1. Satu mesyuarat khas untuk membincangkan mengenai Senaman Tua (ST) yang semakin berkembang akan di adakan. Semua tenaga pengajar ST di minta hadir ke pejabat SB jam 11 pagi, Sabtu 27hb Jun 2009 (bukan 4hb Julai 2009). Kumpulan 'pemantau' akan di tubuhkan memandangkan ST sudah berkembang pesat di luar negara - Azlan Ghanie. 2. Latihan intensif antarabangsa Silat Melayu, Senaman Tua dan Adat Melayu 2009 akan di adakan di Cherating, Pahang selama 10 hari bermula 8hb Julai 2009. Pesilat Perancis dan UK turut hadir. Berminat untuk menyertai? Sila hubungi pejabat SB 03-4025 5379.
|
Sembah Salam
(SEMBAH SALAM - JUN 2009) Makan dalam bahasa Belanda disebut “eaten” manakala minum pula “drinken”, begitulah bahasa yang bakal menemui anda beberapa bulan lagi. Artikel dari Belanda, artikel mengenai perkembangan silat di negara itu dan artikel berbahasa Belanda dijangka menemui anda setiap dua bulan sekali. Bermakna, majalah ini apabila hendak diperbaharui, bukan sahaja perlu membayar permit tahunan tetapi juga mesti mencatat Berbahasa – Melayu, Inggeris dan Belanda. Ya, majalah SENI BELADIRI (SB) terus diterima dunia. Walaupun ia berbahasa Melayu dan negara Malaysia seumpama ‘kepala batang mancis’ dalam peta dunia, ia tidak mustahil untuk majalah ini menjadi media nombor 1 seni beladiri. Belum ada majalah seni beladiri di dunia ini yang ada pelbagai bahasa dan kisah perguruan merata dunia.
Read more...
Paparan Bulan Ini
JUN 2009  - Pak Hamid Silat Kayu bagai naga di seru. Kenapa editor SB, Ahmad Fuad Hamdan berkata demikian? Kenapa guru tua itu di gelar naga?...m/s 5.
- Dua artis beladiri Wushu negara, Yi Qian dan Yen Yee mula pandang China dengan satu matlamat yang tidak mustahil bagi mereka lagi...m/s 10.
- Dari pengalaman patah tulang bahu, dagu, gigi dan hidung, Muzafar Shah Datuk Profesor Mustapha Kamil mengasas silat Melati Putih. Kenap beliau yakin, mampu membawa silat ke dunia?...m/s 16.
- Penerbit SB Azlan Ghanie tidak pernah mengangkat majalah sendiri. Tetapi, bulan ini dengan bangga dan berkepuasan berkata sesuatu yang bukan satu dakwaan lagi. Apa itu? Selak mukasurat berkenaan...m/s 19.
- Penulis Kapt (B) Thair menyambung dan menyambung isu berhubung (tajuknya) Silat, Keris, Raja & Melayu di hujung tanduk dengan tajuk utama angkara derhaka. Apakah yang hendak beliau kupaskan...m/s 20.
- Malaysia kembali memcatat kes menyakitkan hati. Kes rogol 300 peratus manakala ragut 100 peratus. Sumbangan guru beladiri terus di tolak...m/s 40.
- Raja Aji seorang pahlawan besar Melayu yang amat di geruni tetapi tetap di hormati musuh. Ikuti kisah menarik pahlawan Melayu-Bugis yang mana menggerunkan orang Barat hingga wujud kisah ‘Boogeyman’...m/s 46.
- Dalam kolum Adap Guru Sebelum Musuh bulan ini di sampaikan satu isu untuk pembaca agar tidak salah bawa diri dalam mencari ilmu. Tajuknya, Jangan silap cari guru & gelojoh...m/s 54.
- Mati itu pertunangan hidup yang pasti datang, merupakan tajuk rencana Pak Teh Ramli. Selain memahami dan mengerti erti dan kedudukan silat dalam kehidupan, perlu mengingati mati. Kenapa di katakan begitu? Bacalah...m/s 60.
- Filem Thailand The Queen of Langkasuka telah membuatkan ramai pesilat ‘terjaga’ dan tertanya, kenapa pembikin Malaysia tidak boleh? Apa jua, editor SB, Ahmad Fuad Hamdan mengupas satu sudut...m/s 63.
MEI 2009
- Hang Tuah Penipu! Tajuk yang menyeramkan pesilat dan Pak Ngah Akob ada bukti untuk mendakwa demikian. Siapa Pak Ngah Akob?...m/s 4.
- Dalam usaha mengembangkan beladiri dan menarik minat orang ramai untuk menuntut ilmu, penerbit SB, Azlan Ghanie melakukan pelbagai kejutan untuk ahli-ahli kelab SSM. Peserta tidak percaya…m/s 10.
- Pahang terus ke depan dalam dunia persilatan apabila mengadakan pertandingan khas untuk mengangkat Silat Pulut. Ia berlaku di Kuantan…m/s 12.
- Permata MGTF dan Politeknik Sultan Azlan Shah Tanjong Malim buat kejutan kejohanan jemputan kebangsaaan…m/s 16.
- Cuba kami yang belum di cuba lagi. Kenapa Azlan Ghanie berkata demikian mengenai kemampuan guru silat? Bacalah…m/s 19.
- Keris dalam peradaban Melayu karya Wan Abdul Kadir dari Akademi Pengajian Melayu menyampaikan senjata itu boleh menjadi kayu pengukur dan identity bangsa. Ikuti hujah-hujah beliau yang bernas…m/s 20.
- Tengku Musa Ikut jejak Pak Atan buka gelanggang jauh dari kampong halaman di Johor dan bagaimana terjangkit perangai arwah ayah yang ‘gila silat’…m/s 42.
- Pendita Anwar Wahab Dalam Kenangan. Penerbit Azlan Ghanie menceritakan kisah mereka berdua sejak tahun 80an lagi dan kenapa menganugerahkan guru Anwar sebagai Pendita…m/s 52.
- Tangan, restu & doa…menjadi siri kedua Adap Guru Sebelum Musuh. Ia membuka gerak dan langkah untuk diri memperolehi keyakinan untuk berdepan dengan musuh…m/s 54.
- Satu rencana pendek untuk membuat anda renung akan orang Melayu. Kata-kata mereka mungkin sedikit tetapi padat dan ‘keramat’. Ikuti ia dengan tajuknya: Cakap berakar, tunduk berisi…m/s 57.
- Penyampaian Pak The Ramli bulan ini terus menyentuh peminat-peminat silat. Kembang Malam Kembang Maut menjadi tajuk dan pelbagai adat yang tersorok rahsia di dedahkan…m/s 60.
- Duncan Leung, pewaris wing chun Yip Man dan sahabat zaman kanak-kanak Bruce Lee simpan cerita Yip Man dan Bruce Lee sejak era 1950an. Akhirnya terbongkar dalam buku…m/s 64.
APRIL 2009  - Bersilat Tak Jadi Gila – Tok Uban demikian tegas seorang pahlawan yang telah membuktikan kemampuan ilmu Melayu sejak usia 18 tahun dalam satu pertarungan maut ...m/s 4.
- Aksi-aksi Ong Bak telah dihidangkan oleh peninju-peninju muay thai dalam TM-WMC International Muay Thai Challenge 2009 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pihak SB mengulas perlawanan dengan aksi-aksi gambar yang hebat...m/s 11.
- Selepas keluar dari stesen Radio 24. Apa yang berlaku selepas berada di stesen itu? Kisah yang wajar di renung demi masa depan beladiri Negara…m/s 19.
- Di percayai oleh pemikiran orang Melayu dulu, mereka yang derhaka atau bersubahat dengan penderhaka akan terkena tulah. Demikian kajian ringkas majalah SB dalam kolum Berani Kerana Benar…m/s 20.
- Sepertimana kata keramat Takkan Melayu Hilang Di DUnia, pembaca ‘membalas’ isu Silat di hujung tanduk dengan tajuk Hanya Melayu Takkan Lupa. Ertinya mendalam bila berkata ‘hanya Melayu…’. Baca dan fikirkan…m/s 21.
- Tappi dan senjata tikam; Pembentangan kertas kerja oleh Andi Mohammad Irvan Zulfikar dari sudut buku bugis Sulawesi…m/s 26.
- PSSGM menambah ilmu lagi. Kali ini, mereka sertai RELA untuk mempelajari senjata api…m/s 42.
- Pakcik Bakar sebelum kembali ke rahmatullah saling menyandar dengan Mat Kilau. Pelbagai cerita di ketahui yang menjadi rahsia mereka berdua masa itu. Mazlan Haji Hashim buka ingatan dan pengalaman beliau bersama Pakcik Bakar…m/s 47.
- Jangan Tak Cakap membentangkan isu mengenai keris dengan tajuk ‘Antara kebenaran dan temberang’. Benarkah keris ada kuasa? Boleh berupa, ada penjaga dan sebagainya?...m/s 50.
- Walaupun banyak perguruan telah dipelajari serta talipinggang hitam tertinggi turut di perolehi, Guy Lurke tetap dahaga kepada ilmu beladiri, alternative sekarang ke Malaysia dan beliau sanggup berhenti kerja…m/s 54.
- Guru tua silat pulut tidak mudah tunduk; kenapa begitu bunyinya? Hendak tahu, baca dulu dan Hayati supaya tidak tersilap tafsir…m/s 60.
- Honored to be honored; kisah ‘orang putih’ (Rocci Twitchell) menceritakan pengalaman beliau mengadakan sembah salam dalam satu majlis keramaian Indonesia di Amerika Syarikat…m/s 64.
|
|